loading...

Sunday 2 October 2016

Gigit Payudara Palsu, Ular Mati Keracunan Silikon




SEEKOR ular jenis boa mati akibat keracunan silikon selepas mengigit payudara seorang model warga Israel.



Video yang memaparkan model bernama Orit Fox digigit ular berkenaan malah tersebar luas menerusi internet.



Menerusi rakaman itu, Fox yang berpakaian seksi sehingga menampakkan sebahagian payudaranya cuba ‘beraksi’ ghairah dengan mencium ‘temannya’ itu.



Malangnya tindakan Fox memungilkan bibir dan menjelirkan lidah membuatkan ular itu ‘terangsang’ dan bertindak agresif lalu menggigit bahagian payudara kanannya yang terdedah.



Gigit Payudara Palsu, Ular Mati Keracunan Silikon

Aksi ‘gelojoh’ ular itu mengundang kejutan beberapa orang lelaki yang sedang melihat perlakuan ghairah Fox dan ular berkenaan.

Fox dilihat menjerit dan cuba menjauhkan ular itu daripada ‘asetnya’ itu namun tidak berjaya meskipun cuba dibantu oleh lelaki yang berada di situ.

Selepas beberapa saat, setelah ‘puas’ menikmati ‘hidangannya’ barulah ular berkenaan melepaskan payudara Fox.

Insiden itu menyebabkan Fox terpaksa menerima suntikan Tetanus untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus atau kuman.

Namun nasib malang menimpa ular tersebut apabila dipercayai mati akibat keracunan silikon yang terdapat pada payudara Fox.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

loading...