loading...

Monday, 10 October 2016

[VIDEO] 4 Jam Tanggung Derita Diseksa Kerana Cemburu



SEORANG remaja perempuan nyaris maut selepas diseksa dengan kejam selama hampir empat jam oleh empat rakannya di Brazil, baru-baru ini.



Kesemua pelajar perempuan yang berusia 13 dan 16 tahun itu menyeksa mangsa berusia 14 tahun sambil merakamkan aksi kejam tersebut menggunakan telefon bimbit.



Mirror.Co melaporkan mangsa dipukul dengan sebatang kayu di bahagian kepala dan badan serta diheret ke dalam sebuah lubang yang dipercayai digali untuk membunuh mangsa.



Dalam video berkenaan turut memaparkan seorang daripada suspek memegang sebilah parang untuk menyeksa dan dipercayai membunuh mangsa.


4 Jam Diseksa Kerana Cemburu


Mangsa yang cedera itu berjaya melarikan diri dan meminta bantuan daripada penduduk tempatan ketika semua suspek sedang membasuh tangan yang dipenuhi dengan darah.



Susulan kejadian itu, empat pelajar perempuan ditahan di Trindade, Brazil selepas rakaman penyeksaan berkenaan ditemui polis.



Ketua Polis Tempatan, Renata Vieira berkata, semua suspek dan mangsa dari sekolah yang sama dan ada diantaranya mengenali sejak 10 tahun lalu.



Menurutnya, kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu kerana mangsa merampas dan berjumpa dengan seorang daripada kekasih suspek.



Katanya, seorang daripada suspek memang berniat membunuh mangsa dan marah apabila mangsa berjaya melarikan diri.



Mangsa yang tidak didedahkan namanya berkata, dia diperdaya oleh suspek tersebut untuk menghadiri sebuah parti yang diadakan di kawasan taman rumah mereka.



“Apabila sampai, mereka menutup mata, memukul dan mengikat saya sebelum menunjukkan tempat saya akan dikebumikan.



“Mereka menikam dan letakkan saya di dalam lubang. Saya fikir akan mati di sana,” katanya yang dipetik dari Mirror.Co.



Kesemua suspek berdepan tuduhan melakukan penyeksaan dan cubaan membunuh tetapi disebabkan faktor di bawah usia, mereka dijangka dihantar ke pusat pemulihan akhlak selama tiga tahun jika disabitkan kesalahan. – MYNEWSHUB.CC 



0 comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

loading...