loading...

Monday, 24 October 2016

Ramai takut untuk tawar saya berlakon.. -Umie Aida

Pada: Isnin, 24 Oktober 2016
Berita Artis, Erma Fatimah, Pelakon, Penerbit, Pengarah Filem, Umie Aida,
Umie Aida bingung apabila tidak ramai lagi penerbit yang menawarkannya peluang berlakon, terutama sejak dirinya sering membintangi produksi arahan kakaknya, Erma Fatima.

Umie berkata, sebagai pelakon, dirinya terbuka menerima tawaran daripada setiap penerbit, malah tidak pernah meletakkan syarat tertentu kerana lakonan masih menjadi minatnya.

"Saya tidak tahu kenapa semakin kurang menerima tawaran berlakon, kebelakangan ini. Mungkin juga penerbit takut untuk mengambil saya berlakon kerana beranggapan saya hanya menerima tawaran daripada pengarah tertentu. Ia tidak benar kerana saya sentiasa terbuka mempertimbangkan setiap tawaran yang datang.

"Mungkin selama ini, ramai menyangka saya hanya berlakon di bawah Erma apabila kerap membintangi produksi arahannya. Saya tidak kisah bekerja dengan mana-mana produksi kerana masih minat berlakon. Saya rindu berlakon watak berat dan bermain dengan emosi.

"Watak seperti itu menuntut saya supaya berkarya dalam lakonan, malah turut memberikan kepuasan yang dicari," katanya kepada BH Online.

Tag : Berita Artis , Erma Fatimah , Pelakon , Penerbit , Pengarah Filem , Umie Aida

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

loading...