loading...

Monday, 10 October 2016

Budak Lelaki 'Kepala Bengkok 180 Darjah' Akhirnya Boleh Melihat Dunia Dengan Tegak Selepas Jalani Pembedahan




Seorang budak lelaki yang terpaksa hidup dengan kepala bengkok 180 darjah selama 12 tahun akhirnya boleh melihat dunia dengan 'tegak' selepas menjalani satu pembedahan yang mengubah hidupnya.


Mahendra Ahirwar, 13, pernah menjadi tumpuan dunia sebelum ini dengan penyakit yang jarang berlaku itu.

Disebabkan penyakit itu, Mahendra cuma boleh duduk dan memerlukan bantuan untuk berdiri atau berjalan termasuk untuk ke tandas atau makan.

Namun, kehidupan Mahendra berubah selepas seorang wanita di Liverpool yang terbaca kisahnya kemudian berjaya mengutip dana sebanyak £12,000 (RM61,000) bagi membiayai pembedahan meluruskan lehernya.

Kini Mahendra sudah boleh melihat dengan tegak selain boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain termasuklah pergi ke sekolah.

"Ianya satu keajaiban. Dia kelihatan baik. Lehernya sudah lurus dan kehidupannya kini sangat lain", kata bapa Mahendra, Mukesh, 41.

Mahendra, dari Madhya Pradesh di India dilahirkan dengan leher normal tetapi semakin dia membesar, tulang di lehernya semakin lemah menyebabkan ia membengkok.

Menurut bapa Mahendra lagi, mereka sekeluarga mula pasrah dengan keadaan Mahendra apabila beberapa doktor yang mereka temui berkata mereka tidak mampu mengubati penyakit Mahendra.

Namun semuanya berubah apabila seorang doktor dari Hospital Apollo, Delhi terbaca kisah Mahendra kemudian menawarkan pertolongan.

Dr. Krishnan bersama Mahendran di hospital Apollo



Dr. Krishnan yang mempunyai pengalaman 15 tahun bekerja di NHS, UK berkata ia adalah kali pertama dia membuat pembedahan seumpama itu.

Dr Krishnan mengeluarkan cakera dari leher Mahendra dan menggantikannya dengan tisu tulang dari bahagian pelvis kemudian meletakkan plat logam sebagai sokongan bagi meluruskan leher Mahendra.

"Apabila saya berjumpa Mahendra buat kali pertama, apa yang membuat saya terkejut adalah pengabaian terhadap kondisinya selama 12 tahun tanpa sebarang diagnosis atau perubatan.

"Saya yakin dapat menolong Mahendra untuk hidup lebih baik dan dia akan dapat melihat dunia dengan tegak dan bukannya terbalik.





Pada Februari, Mahendra menghabiskan masa dua minggu di hospital Apollo sebelum dibenarkan pulang ke rumah dengan harapan lehernya tidak kembali bengkok.

Selepas tujuh bulan berlalu, leher Mahendra masih lagi tegak dan bapa Mahendra sangat bersyukur dengan keadaan itu.

"Akhirnya saya boleh katakan kami kini sebuah keluarga yang bahagia", kata Mukesh.

Mahendran bersama dengan Julia, wanita yang berjaya mengumpul dana untuk pembedahannya
Sumber : Dailymail

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

loading...