loading...

Sunday, 9 October 2016

Salman Khan saman stesen televisyen RM62.3 juta



Aktor, Salman Khan memfailkan saman terhadap sebuah stesen televisyen ke­rana memfitnahnya dan menuntut ganti rugi berjumlah 1 bilion rupee (RM62.3 juta) di Mahkamah Tinggi India.



Menurut laporan portal Times of India, aktor yang dituduh memburu secara haram kijang India (chinkara) di Jodphur dan ladang Ghoda semasa penggambaran filem Hum Saath Saath Hain pada September 1998 itu, turut menuntut stesen yang tidak dinamakan tersebut menghentikan laporan tentang kejadian tersebut.



Difahamkan, Salman memfailkan saman itu di sebuah cawa­ngan mahkamah ber­kenaan pada O­gos lalu.


Dia mendakwa, tindakan ste­sen televisyen tersebut yang menyiarkan berita bersiri kes pemburuan haram kijang pada 1988 merupakan fitnah dan berniat jahat.

Salman menuntut agar stesen itu dihalang menyiarkan sisatan bersiri berkenaan.

Terdahulu, saksi dalam siasatan stesen tele­visyen berkenaan mendakwa nampak Salman me­nembak spesis terancam tersebut di Jodhpur.

Bagaimanapun, menurut ste­sen tersebut, saksi itu kemudian berpaling tadah dan mendakwa video berkenaan telah disun­ting.

Hakim SJ Kathawalla yang mengendalikan kes berkenaan memutuskan pendengaran pertama pada 18 November ini.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

loading...