loading...

Sunday, 9 October 2016

"Saya Bukan Perampas, Saya Masih Ada Otak Boleh Fikir"



Walaupun pernah menafikan dirinya menjadi punca kepada perceraian yang berlaku terhadap pasangan Elly Mazlein dan bekas suami, Faye Kusairi masih bingung dengan kemarahan Elly kepadanya berikutan sindiran status yang dimuat naik beliau di laman Instagram. Tindakan itu sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi orang ramai yang sewenangnya menghukum beliau.



“Saya nak tahu juga apa yang Elly marah sangat kepada saya? Saya bukannya perampas. Saya dengan Azmi mula serius baru-baru ini sahaja. Hubungan kami masih terlalu baharu lagi. Sebab itu saya nafikan yang saya ini menjadi punca kepada perceraian mereka. Saya masih ada otak untuk berfikir. Saya bukannya jenis yang akan kacau hal rumah tangga orang lain.


“Orang di luar sana mungkin boleh kata apa yang mereka mahu, menjatuhkan hukum kepada saya, tetapi perkara ini saya sendiri yang rasa. Saya kesian pada orang yang berada di sekeliling terpaksa berdepan dengan perkara ini terutama keluarga apabila orang mula bercakap yang kononnya saya ini anak jenis rampas hak orang,” katanya kepada portal My Artis.

Sementara itu, Faye memilih untuk berdiam diri dari terus memuat naik status dingin terhadap Elly di laman sosialnya , tidak seperti yang dilakukan oleh Elly sendiri. Atas dasar tidak mahu perkara ini berpanjangan juga, Faye dalam masa yang sama tidak mahu kontroversi ini memberi kesan terhadap dua anaknya yang lain yang mungkin dapat memahami hal yang berlaku.


Terdahulu, Elly menerusi laman Instagram telah memuat naik sekeping gambar anaknya berserta dengan status yang berbunyi sindiran kepada Faye. Melalui status itu, Elly mengucapkan terima kasih kepada Faye diatas segala yang dilakukan olehnya selama ini, malah Elly juga turut berpesan supaya Faye menjaga bekas suaminya itu dengan baik jika mereka berkahwin. (Sumber Rotikaya)

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

loading...