loading...
Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Thursday, 1 December 2016

‘Pelik, Anak Dah 7 Baru Isteri Minta Cerai. Lepas Disiasat, Jantung Aku Hampir GUGUR ! Rupanya Dia...’



‘Pelik, Anak Dah 7 Baru Isteri Minta Cerai. Lepas Disiasat, Jantung Aku Hampir GUGUR ! Rupanya Dia...’

"Dah24 tahun rumahtangga aku dan isteri bersama susah senang. Anak pun dah 7 orang kesemuanya,tapi lepas bersalin anak terakhir ni isteri minta diceraikan secara tiba-tiba aku hairan, Lama aku cari punca dan segalanya terjawab sebenarnya............................"

saya ingin meluahkan isi hati saya. Saya dah berkhwin selama 24 tahun dan mempunyai anak seramai 7 orang. Umur saya 41 dan masalah yang dihadapi ialah saya ingin bercerai dengan suami atas sebab peribadi tapi dia tidak mahu lepaskan saya walau bagaimanapun sampai mati pun dia kata takkan lepaskan saya tapi masalahnya saya dah tiada perasaan langsung pada suami. 



Semuanya sebab dia pernah kata dulu saya mengandung bukan anak dia dan sekarang anak itu sudah berumur 4 tahun. Kami masih tinggal serumah tapi nafkah saya suami tak bagi dah lama.
Sampai saya dah berkawan dengan seorang ni namun suami masih tidak mahu lepaskan saya. Korang boleh bantu tak dan saya dah cuba adukan pada pejabat agama tapi hasilnya tidak memuaskan.-KRT

Saturday, 26 November 2016

Percaya Atau Tidak INILAH REALITI Yang Berlaku Hari Ini!!



Percaya ataupun tidak inilah yang berlaku hari ini. Kisah ini menceritakan tentang penampilan seseorang yang dikatakan rakus dalam menggayakan fesyen sampai terpesong dari landasan Islam yang sebenarnya. Lebih jelas lagi berbaju dan bertudung litup tapi masih dalam keadaan berbo9el! Allahurabbi mana perginya maruah seorang wanita? Hmmm... 


Ikuti kisah selanjutnya. Moga kisah yang dikongsikan ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua agar lebih menitikberatkan soal agama. Berfesyen-berfesyen juga tapi biarlah dengan cara yang betul! 


Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang.


Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya. Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak.


Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.


Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya.


Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara. Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut. Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya.


Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya ketika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!!


Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ. Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?


Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda.


Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut. Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat mengejar motosikal tika kesesakan sedemikian.


Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita?


Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah pung gung anda tu? Lawa sangatkah pu sat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian da da malah bahagian pa ha? Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri?


Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!


Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat.


Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!


Jangan salah faham…. saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian me lekat di badan, saya dah kalut nak betulkan!


Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.


Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena r 0g0l jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut. Tahukan anda, kenapa jadi begitu?


Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi. Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarikh perhatian lagi sebab dah tak ada harga!!


Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!


Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok???


Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!!!!!


Sedarkah anda, dengan penampilan anda yang dianggap menjolok mata bukan sahaja meningkatkan nafsu lelaki malah tidak mustahil anda akan menjadi mangsa ro9ol! Buat kaum hawa renung-renungkanlah! Dalam hal ini tidak boleh salahkan pihak lelaki sekiranya perkara sedemikian berlaku kerana semuanya berpunca dari diri anda sendiri!.

Wednesday, 23 November 2016

"Aku Ina. Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun Kerana.."



Assalamualaikum. Aku ina. Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun. Punca aku cerai sebab bekas suami aku curang. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress tengok aku yang pemalas.

Tak jalankan tanggungjawab. Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dengan bini macam aku ? Bayangkan masa anak dara. Bangun tido lambat, masak tak reti, kerja tengok korea, main handphone je.

Kemas rumah jarang² sekali. Kerja melepak. Masa bercinta. Memang seronoklah. Sweet² je. Jumpa…Dating…Mesej² fon. Kita nampak tu adalah lakonan. Bila dah kahwin. Episod yang bermula adalah tanggungjawab. Masa mula² kahwin, bolehlah aku hipokrit. Rajin masa 2, 3 hari.

Sebab menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaan kan. So lama² habit lama tu terserlah lepas kahwin. Mungkin kat situ suami aku stress, baik bela biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya lebih matang. Bertanggungjawab.

Dulu, aku nak sangat kahwin sebab masa bercinta sweet². Ingat kawin nak halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kahwin kalau setakat nak ‘halalkan’ tak cukup.

Perkara pertama mesti kerana Allah dan kena tau kahwin adalah amanah. Pesan aku, buat wanita² di luar sana yang pemalas macam aku, berubahlah. Benda malas ni bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri dari sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yang serba boleh.

Bukan hidup hanya bermalas² malasan lepas tu bercinta tanpa fikir banyak tanggungjawab dalam hidup in future. Plus, bila fikir balik, laki aku ceraikan aku sebab benda² macam ni padahal usia mahligai kami baru masuk setahun. Dah tak tahan.

Kesian mak ayah aku selama ni bela aku yang pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yang bertanggungjawab. Doakan aku kuat. Aku sayang dia. Tapi dia ada perempuan lain. Doakan aku jumpa orang yang baik. Aku nak berubah.

Tapi aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu. Kahwin? Nanti²lah buat masa sekarang. Aku nak kutip ilmu dahulu supaya bila dah kawin nanti ada ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi macam aku yang sebelum ini.

Buat lelaki. Kahwini perempuan bukan sebab cantik je. Cantik tak reti buat kerja tak ada makna.

Macam aku (eh cantik ke ? Hehe) sebab tu orang zaman dulu kalau kawin dari A-Z dia siasat pasangan tu dari jiran² sebelah, kawan², saudara mara. Bukan main sapu je nak kawin. Semoga perkahwinan adalah satu ibadah. Bukan kerana nafsu. Kita nak melahirkan generasi hebat. Kalau takda ilmu kawin, keluarlah generasi² baru yang sampah macam aku ni. – Ina

Artikel Terbaru

loading...