loading...
Showing posts with label hangat. Show all posts
Showing posts with label hangat. Show all posts

Thursday, 1 December 2016

ALAMAKKk..!! [ 3 ] Foto "Saya Segan Lahh Lakon Babak Tuu".. Fathia Di Paksa Oleh Produser Supaya "MENANGGALKAN"......



ALAMAKKk..!! [ 3 ] Foto "Saya Segan Lahh Lakon Babak Tuu".. Fathia Di Paksa Oleh Produser Supaya "MENANGGALKAN"......




KEC0hhh...!! Terkini !! Kesian tgk "BABAK" yang DiPaksa oleh produser... Takkan lah suruh Fathia tanggalkan "BENDA" tu... tgk gambar NO 2 tu setelah dipaksa....

 Belum pun lakonannya dalam Darah Panas ditonton umum, pelakon Fathia Latif mula kepanasan dengan pelbagai isu.
Antaranya Fathia didakwa melakonkan babak ranjang tanpa seurat benang tapi hanya berselimut untuk menutup sebahagian tubuhnya.
Foto babak itu pula mula dipaparkan di laman sesawang hingga membuatkan ada yang terfikir apakah ia strategi produser dan pengarah untuk melariskan filem? Tepuk dada tanya selera.
Bertemu Fathia baru-baru ini, pelakon yang kini membintangi Dia Isteri Luar Biasa di TV3 kesal dengan dakwaan mengatakan dia berlakon tanpa seurat benang. Baginya, ia satu tuduhan tidak berasas yang disifatkan sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.
Apatah lagi foto yang dikaitkan Fathia sebagai wanita yang melakonkan babak itu sebenarnya pelakon lain yang dipercayai mempunyai wajah miripnya.
Memegang watak Syahana dalam filem itu, Fathia akui dalam satu babak dia dituntut untuk berada dalam keadaan seolah berbogel.
“Babak itu hangat diperkatakan di media sosial tapi saya mahu jelaskan yang ketika melakonkan babak itu, saya memakai pakaian warna ‘nude’.
“Tidak dinafikan saya segan apabila diminta melakonkan babak itu tapi pengarah meminta semua kru keluar dari set supaya saya selesa melakonkannya.
“Tapi jujurnya untuk melakonkan watak itu sangat berat terutama kena beri gaya seolah buka coli dan seluar dalam,” jelasnya.
Pelakon yang kini bercinta dengan Aiman Hakim Ridza akui babak itu bukan menggambarkan dia melakukan adegan ranjang sebaliknya Syahana dilacurkan selepas diberi ubat khayal.
Dalam babak itu, Fathia turut dibelasah dan dilempar ke katil tanpa menggunakan khidmat pelakon pengganti.



“Sebelum ini saya tidak pernah membawa babak sebegini, seolah-olah saya tidak memakai seurat benang. Masyarakat kena fikir positif apa yang saya lakukan itu untuk menggambarkan remaja naif yang dilacurkan secara paksa.
“Saya yakin penonton sekarang lebih bijak dan terbuka untuk menilai baik buruk sesuatu cerita, cuma saya sedih dengan sikap segelintir blogger yang memuat naik foto orang lain yang dikatakan saya sehingga menimbulkan isu dalam kalangan peminat,” katanya kecewa.
Bagaimanapun, Fathia tidak rasa isu ini sengaja dibangkitkan pihak produksi untuk melariskan filem. Sebaliknya Fathia tetap dengan pendirian tatkala menerima tawaran untuk beraksi ‘panas’ dalam filem Darah Panas kerana jalan ceritanya banyak menekankan isu kemasyarakatan, terutama isu moral golongan muda.
“Saya tidaklah terfikir sampai ke tahap menuduh ia angkara syarikat produksi kerana ia muncul daripada orang bukan produksi. Saya juga sudah jelaskan hal ini kepada peminat di laman Instagram saya.
“Kasihan peminat yang percaya foto dikongsi itu adalah saya, walhal ia manipulasi daripada pihak yang tidak bertanggung jawab,” katanya.
Darah Panas arahan Arjin Uppal dan terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd bakal ditayangkan kepada umum pada 4 Jun ini. Ia filem ketiga lakonan Fathia selepas Nasi Lemak 2.0 dan Hijab dan kali ini berganding dengan Sharnaaz Ahmad.
Filem yang menjalani penggambaran pada Oktober 2012, mengisahkan keghairahan Syahana mengejar cita-cita dalam dunia peragaan hingga membawanya ke suatu dunia yang tidak pernah diimpikan mana-mana wanita.
Enggan memanjangkan lagi isu berbog3l di filem, Fathia rancak berbual mengenai perancangan untuk mengeluarkan produk minuman kesihatan yang diberi nama Looking Good.
Katanya, dia mendapat inspirasi menghasilkan produk detox itu kerana tahu ramai yang sering mengeluh minuman detox di pasaran memberi banyak kesan sampingan.
“Kalau tiada aral, produk saya itu akan dikeluarkan ke pasaran dalam tempoh terdekat selepas segala urusan berkaitan selesai.
“Pun begitu, ia tidak mengganggu hubungan saya sebagai duta beberapa produk lain seperti Avon,” katanya.
Selain drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa yang kini mendapat perhatian kerana lakonan mantap sebagai pasangan kekasih bersama Shukri Yahaya, Fathia akan masuk ke set drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi berganding dengan Fattah Amin pula.
Katanya, melalui dua drama bersiri itu, diharap peminat tidak lagi terus mengaitkan keserasian dalam drama hanya wujud ketika lakonannya bersama Keith Foo melalui Ariana Rose semata-mata.

Friday, 7 October 2016

'Seronoknya Beli Emas Guna Kad Bank Orang Lain...'



KAJANG - Seorang lelaki mengalami kerugian hampir RM6,000 setelah dompet miliknya tercicir di Hospital Kajang, setelah kad banknya dibelanjakan oleh seorang wanita yang tidak bertanggungjawab, Khamis lalu.

Mangsa, Md Azhari Md Zhahir, 29, hanya menyedari dompet hilang setelah mendapat pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank yang menyatakan bahawa kad bank miliknya telah digunakan untuk membeli emas berjumlah RM2,727 di sebuah kedai emas, dan RM1,000 lagi untuk pembelian seterusnya. 



Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan dompetnya pada hari kejadian, di IPD Kajang. Bagaimanapun, mereka diminta datang semula ke balai untuk memberi bukti transaksi dari bank dan juga kedai emas. 

Keesokan harinya, Jumaat, mangsa telah pergi ke kedai emas tersebut bersama isterinya, Nur Adibah Abu Bakar untuk bertanyakan perkara itu. Dengan kerjasama kakitangan kedai tersebut, mereka telah diberikan satu salinan resit pembelian dan maklumat individu yang menyalahgunakan kad bank mangsa.




Azhari dan Nur Adibah juga berkesempatan menonton semula rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang wanita bersama suami dan anak perempuan mereka mengunjungi kedai tersebut. 


Selesai urusan di kedai tersebut, pasangan berkenaan pergi mengambil bukti transaksi di Maybank, CIMB dan BSN. Menurut pegawai Maybank, terdapat satu transkasi bernilai RM980, namun tidak berjaya kerana amaun pembelian tersebut masih 'floating' dan jika bernasib baik, mungkin boleh didapatkan kembali. 

Bagaimanapun respon dari pegawai CIMB pula tidak menjanjikan apa-apa pemulangan. Malah mangsa didakwa cuai kerana tidak membuat sekatan terhadap kad bank miliknya selepas kehilangan dompet. 

"Kenapalah awak tak blok, memanglah orang dapat guna. Kita tak boleh nak janjikan pulangan semula duit ini sebab awak blok selepas orang ketiga dah guna," kata pegawai CIMB berkenaan seperti yang diceritakan oleh Nur Adibah. 


Namun, enggan memanjangkan cerita, tambahan badan terasa penat, mangsa hanya mendiamkan diri dan mendapatkan bukti transaksi. Begitu juga dengan pegawai BSN yang didakwanya kurang membantu. 

Selesai urusan  di ketiga-tiga bank, pasangan berkenaan kembali ke IPD Kajang untuk menyerahkan bukti yang dipinta. Malangnya, pegawai yang bertugas hanya menghubungi mereka melalui telefon sahaja. 


Menurut pegawai berkenaan, bukti yang diberikan oleh mangsa tidak mencukupi dan mangsa diminta datang kembali dan barulah kes akan dibuka.Kecewa dengan jawapan itu, mereka pulang dalam keadaan hampa. 

Setibanya di rumah, alangkah terkejutnya mereka apabila saudara suspek telah menghantar SMS yang meminta mereka menarik kembali laporan polis yang telah dibuat. 



Memandangkan tiada lagi cara lain untuk mendapatkan keadilan, pasangan terbabit memilih untuk memviralkan kejadian yang menimpa suaminya itu agar pihak berkuasa mengambil tindakan serius terhadap pasangan yang telah mencuri dompet suaminya. - The Reporter
Rawak

'3 Kali Dia Cuba Calit Minyak Dagu Pada Isteri Saya!'



RAWANG - Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditumbuk kerana didakwa cuba menggunakan minyak calit pengasih untuk memikat isteri seorang kakitangan penyelenggara, lapor Harian Metro. 



Dalam kejadian Rabu lalu, pekerja warga asing berumur 40'an itu didakwa menyentuh tangan seorang wanita tempatan yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung. 



Menurut Shahrul, 28, suami kepada mangsa berkata, isterinya yang baru bekerja di kilang itu sebagai penyelia sejak sebulan yang lalu sebelum ini pernah mengadu lelaki terbabit bertindak menyapu minyak pelik di tangannya beberapa minggu lalu. 



Namun Shahrul tidak mengendahkan keluhan isterinya itu kerana beranggapan sentuhan itu mungkin tidak disengajakan ketika kali pertama berlaku. 



Berdasarkan perkongsian yang tersebar di media sosial, dia telah bersabar meskipun lelaki itu mengulangi perbuatannya beberapa kali sehingga dia terpaksa membawa isterinya pergi berubat. 



"Bangla sekarang dah semakin gila dan berani, pandai dah menyentuh isteri orang, calit minyak dagu di isteri orang. Mujur saya sedar awal sebelum terjadi apa-apa yang lebih teruk. Kali pertama dan kedua saya masih bersabar, namun kali ketiga calit, saya memang hilang kesabaran," katanya. 



"Kejadian ini berlaku di tempat kerja, CCTV semua pun ada. Bila kita berdiam, dpijak-pijak muka kita. Harus diberi pengajaran sikit pada lelaki ini. Patutlah sekarang ramai sangat kes perempuan Melayu banyak ikut mereka. Rupa-rupanya inilah rahsia mereka. 



"Bukan berniat nak berlaku kejam atau menganiaya sesiapa, tetapi hanya sekadar pengajaran untuk kita saling ingat mengingati agar lebih berhati-hati," jelasnya lagi. 



Menurut Shahrul, dia dan pihak kilang berkenaan telah membuat laporan polis. Shahrul bersedia dihukum dan tidak kisah masuk ke penjara andai kata dia didakwa mereka-reka cerita.  Dengan segala bukti yang ada telah diserahkan kepada polis, Shahrul memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.



"Mula-mula saya pun tak percaya. Tetapi bila sudah terkena pada isteri saya sendiri, saya tak boleh berdiam diri. Saya bertindak kerana mahu mempertahankan hak saya dan tanggungjawab saya sebagai seorang suami," katanya. - Sumber The Reporter

Status Akademik Azizan: Netizen ‘Siasat’ Universiti



KERAGUAN terhadap akademik yang dimiliki pakar motivasi terkenal, Azizan Osman menimbulkan rasa ingin tahu netizen sehingga ada yang sanggup menjadi ‘penyiasat’ bagi mendapatkan kesahihan berkenaan sijil yang dimiliki pengasas Syarikat Richworks itu.



Baru semalam, syarikat Richworks mengeluarkan kenyataan bahawa Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari University Gordon, Amerika Syarikat sejak 2009.



Selain itu beliau juga dikatakan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dan akan menghadiri konvokesyen di institusi itu.



Penjelasan itu bagaimanapun tidak diterima baik netizen sekaligus ‘menjalankan’ siasatan sehingga ada yang menghubungi Universiti Hertfordshire melalui email dan laman Facebook universiti berkenaan.




Status Akademik Azizan: Netizen 'Siasat' Universiti


Netizen memuat naik email yang diberikan kepada pihak Universiti Hertfordshire dan bertanyakan mengenai dakwaan Azizan yang memiliki Doktor Falsafah (Psikologi) daripada institusi itu.



Beliau juga dikatakan telah memenuhi syarat-syarat untuk menerima PhD itu dan dijangka akan menghadiri konvokesyen dalam masa yang terdekat.



Tidak cukup dengan email, netizen menggunakan medium perhubungan dengan sepenuhnya apabila bertanya menerusi mesej di Facebook rasmi milik University of Herfordshire.



Netizen tidak menunggu lama untuk pihak universiti memberi maklum balas mengenai persoalan yang diajukan.



Ini antara jawatan balas daripada pihak universiti itu sendiri dengan menyatakan tiada individu yang bernama Azizan Osman menjadi pelajar atau graduan daripada universiti berkenaan.


Status Akademik Azizan: Netizen 'Siasat' Universiti



Lebih mengejutkan apabila gambar sekeping surat yang didakwa di hantar oleh University of Herfordshire dimuat naik dalam laman sosial hari ini.



Status Akademik Azizan: Netizen 'Siasat' Universiti


Sudah tentu ada yang meragui surat berkenaan tetapi netizen tidak berhenti menyiasat sehingga seorang individu yang bernama Jerome yang menggunakan akaun institusi itu mengakui surat tersebut adalah kenyataan rasmi daripada pihak University of Herfordshire.



Status Akademik Azizan: Netizen 'Siasat' Universiti


Dalam surat berkenaan mendedahkan University of Herfordshire tidak menganugerahkan PhD kepada individu yang bernama Azizan Osman dan tidak terdapat nama berkenaan dalam rekod pencarian institusi itu.



Menurutnya, maklumat yang diperolehi itu adalah palsu.



Tidak hanya menghubungi pihak universiti berkenaan melalui email dan laman sosial, ada netizen yang tinggal di United Kingdom mendakwa sudah menelefon institusi itu bertanyakan kursus PhD Psikologi yang ditawarkan dan ternyata bukan mudah untuk memilki sijil berkenaan kerana seseorang itu wajib memiliki ijazah bagi mengikuti kursus itu terlebih dahulu.


Status Akademik Azizan: Netizen 'Siasat' Universiti


Lebih mengejutkan, tiada nama Azizan dalam rekod carian universiti itu dan sekaligus menambahkan lagi keraguan netizen terhadap pakar motivasi yang juga usahawan berjaya.



Nampaknya, pendedahan netizen ini dapat memberikan gambaran mengenai status akademik Azizan, namun tuan empunya diri yang mendakwa memiliki sijil akademik dari luar negara ini perlu tampil memberikan penjelasan dan bukan hanya berselindung ‘disebalik’ nama syarikat setiap kali membuat kenyataan balas.



Penjelasan yang dibuat bukan meredakan keadaan sebaliknya memberikan impak yang negatif bukan sahaja kepada Azizan tetapi juga syarikatnya yang sering menganjurkan kursus kepada usahawan dan mereka yang mahu memulakan perniagaan.



Malahan, ada juga netizen yang keliru dengan kenyataan syarikat Richworks sebelum ini kerana dianggap ‘berbelit’ seperti mahu menutup perkara yang sudah jelas nampak ‘pembohongannya’.



Rata-rata netizen mencadangkan supaya Azizan tampil memohon maaf atau memberi penjelasan mengenai pendedahan yang dilakukan di laman sosial selepas tercetusnya kontroversi berhubung status akademiknya sejak minggu lalu. -MYNEWSHUB.CC

Thursday, 6 October 2016

Jordan Bantu Malaysia Bebas Dr. Fauziah Di Israel



KUALA LUMPUR – Kerajaan Jordan kini membantu Malaysia dalam usaha pembebasan seorang rakyat negara ini, Dr. Fauziah Mohd. Hasan yang ditawan oleh tentera rejim Israel petang Rabu.



Berita gembira tersebut disahkan sendiri Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican ketika dihubungi secara eksklusif oleh stesen TV3 dan disiarkan menerusi program Buletin Utama di sini pada malam Khamis.



Menurutnya, kesemua 13 aktivis wanita misi ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) termasuk Dr. Fauziah ditempatkan di sebuah pusat tahanan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di tenggara ibu kota Israel, Tel Aviv.



Mereka akan diusir keluar dengan menaiki pesawat untuk penerbangan menuju ke mana-mana destinasi yang belum lagi ditetapkan di benua Eropah sejurus selepas selesai proses soal siasat oleh pihak berkuasa rejim Zionis.




Bagaimanapun Dr. Fauziah pula dilaporkan akan diberi pilihan untuk pergi terus ke Jordan tetapi menerusi jalan darat dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Amman sedang bekerjasama dengan negara Arab Islam berkenaan.



zaytouna-1


“Kedutaan Jordan di Tel Aviv tengah berusaha keras menggunakan pelbagai saluran dengan pihak berkuasa rejim Israel bagi mempercepatkan usaha pembebasan aktivis wanita Malaysia ini daripada tahanan,” kata Reezal.



Jordan selain jirannya, Mesir dan Turki mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, manakala Malaysia bersama-sama 20 buah negara Islam lain sebaliknya tidak mengiktiraf kedaulatan negara haram Yahudi itu.



Dalam pada itu, laman Twitter rasmi WBG, @GazaFFlotilla dalam kicauan terbaharu mereka memaklumkan, semua sukarelawan termasuk Dr. Fauziah kini dilaporkan ditahan di penjara Giv’on, di daerah Ramla tengah Israel.



Maklumat berkenaan diperoleh daripada pihak Kedutaan Sepanyol di Tel Aviv manakala portal Quds News Network melaporkan, kesemua aktivis tersebut akan dihantar pulang ke negara masing-masing dengan selamat.



Bagaimanapun berita itu tidak menyebut bilakah mereka dijangka pulang. Semalam, anggota misi WBG yang dalam pelayaran ke Gaza menaiki kapal Zaytouna-Oliva, ditahan Israel pada jarak 35 batu dari daratan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Wednesday, 5 October 2016

Pelakon porno dedah taktik licik agensi pornografi



Tokyo – Muda, cantik dan menagih populariti.



Bagi Saki Kozai, dia menyangka telah menemui cara untuk menjadi terkenal selepas pencungkil bakat terserempak dengannya di Tokyo dan menawarkannya pekerjaan.



Teruja dengan kemasyhuran yang bakal dikecapi, gadis yang baru berusia 24 tahun ketika itu lantas menandatangani kontrak dengan agensi yang diperkenalkan kepadanya, dengan harapan akan menjadi bintang dalam video promosi.



Namun malang baginya, ia bukan sebuah agensi permodelan.



Pada hari pertama di studio, Kozai diarah melakukan hubungan seks di hadapan kamera.



“Saya tidak dapat menanggalkan pakaian. Apa yang saya boleh buat hanyalah menangis,” katanya kepada AFP, sambil menambah bahawa dia tidak nampak jalan keluar daripada situasi yang mengerikan itu.



“Terdapat kira-kira 20 orang menunggu di sekeliling saya. Tiada seorang perempuan boleh berkata ‘tidak’ apabila berdepan situasi seperti itu,” katanya.



Kozai, kini 30 tahun, adalah antara wanita yang berani melangkah keluar daripada bayang-bayang untuk menyatakan bahawa mereka telah dipaksa bekerja dalam industri filem lucah yang bernilai berbilion dolar di Jepun.



Filem lucah boleh didapati secara meluas di Jepun yang agak liberal tentang pornografi.



Tetapi sisi gelap industri itu jarang dibincangkan, juga hak-hak mereka yang bekerja di dalam industri itu.



Tuduhan bahawa pelakon wanita dipaksa melakukan adegan seks kejam tanpa kerelaan mendorong industri untuk mengeluarkan permohonan maaf dan menjanjikan perubahan.



Pengakuan itu susulan penangkapan tiga pencungkil bakat di Tokyo pada Jun yang dituduh memaksa seorang wanita untuk muncul dalam lebih 100 video lucah.



Sepertimana Kozai, wanita yang tidak dinamakan itu juga menyangka dia akan menjadi model.



Pengkritik berkata pencungkil bakat memperdaya gadis – termasuk yang di bawah umur – dengan janji beroleh kemasyhuran dalam industri hiburan.



Dalam kes lain, para gadis diperdaya untuk terjebak dengan gaya hidup mewah sebelum mereka dipaksa bekerja dalam industri filem lucah bagi membayar “hutang”.



Agensi berkenaan memastikan mereka terperangkap melalui ancaman, ugutan dan penipuan kontrak.



‘Tiada pilihan’



Seorang lagi wanita yang enggan dikenali memberitahu AFP bahawa dia ditipu oleh ejen yang berjanji untuk membantunya menjadi penyanyi.



Dia menandatangani satu kontrak yang tidak menyatakan secara jelas tugasnya yang sebenar.



“Agensi itu mencuba berbulan lamanya untuk meyakinkan saya. Saya tidak mempunyai pilihan,” kata gadis berusia 26 tahun itu kepada AFP.



Dia menolak pada mulanya. Tetapi seperti Kozai dan wanita lain, dia mengalah juga akibat tekanan.



“Pada mulanya, saya beritahu mereka saya tidak boleh melakukannya,” katanya.



“Tetapi apabila saya lakukan juga, ia amat menyakitkan. Namun pasukan produksi tidak pula menghentikan rakaman.”



Organisasi bukan berasaskan keuntungan, Lighthouse yang bertekad menghentikan penyeludupan manusia berkata lebih 60 pelakon lucah wanita yang cuba keluar daripada industri itu telah menghubungi mereka pada separuh pertama tahun 2016 – jauh melebihi jumlah pada tahun sebelumnya.



“Kami rasa ini hanya sebahagian kecil daripada bilangan itu,” kata jurucakap Lighthouse, Aiki Segawa.



“Kebanyakan mangsa rasa bersalah, sangka apa yang berlaku adalah kesalahan mereka.”



Kebanyakan wanita ini berusia di antara 18 dan 25 tahun dengan pengetahuan undang-undang kontrak yang amat sedikit.



Kes melibatkan mereka biasanya sukar untuk dibuktikan di mahkamah.



“Mereka bukan disalah guna atau dikurung … mereka sebenarnya ditipu,” kata Segawa.



Kozai ketagihan ubat penenang untuk mengatasi masalah kemurungan dihadapinya dan diasingkan selepas agensi yakin dia telah memutuskan hubungan dengan keluarga untuk memberikan tumpuan kepada kerjayanya.


“Saya tidak dapat membuat keputusan yang rasional lagi,” katanya.


Kozai akhirnya meninggalkan agensi yang mengubah dirinya. Namun dia masih berlakon dalam filem lucah sebagai pelakon bebas.



Satu laporan oleh pertubuhan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Tokyo menyenaraikan helah kotor yang digunakan oleh pencari bakat filem lucah.



Antaranya, mangsa diancam dengan denda yang amat tinggi untuk keluar daripada kontrak atau diberitahu mereka tidak akan dapat mencari pekerjaan di luar selepas muncul dalam filem lucah.



Pencungkil bakat filem lucah juga muncul di kampus universiti atau rumah mangsa untuk menuntut penalti yang tinggi daripada ibu bapa pelakon jika mereka enggan bekerja, katanya.



Kemurungan, bunuh diri



Tahun lepas, Mahkamah Daerah Tokyo menafikan saman sebuah agensi berjumlah ¥24.000.000 (AS$ 240,000) daripada seorang wanita yang enggan muncul dalam filem lucah.



Menurut pengkritik, ia merupakan satu duluan dan kemenangan daripada aspek perundangan yang jarang berlaku.

Menurut perangkaan industri, Jepun mengeluarkan kira-kira 30,000 filem lucah setiap tahun.


Namun, adalah mustahil untuk menghalang pengedaran filem lucah pelakon yang diperdaya daripada tersebar di era internet.



Seorang wanita yang dipetik dalam laporan itu telah berulang kali menjalani pembedahan plastik untuk melarikan diri daripada kisah silam.



Sementara seorang lagi merancang mengupah peguam untuk menghentikan pengedaran filem lakonannya.



Namun, menurut laporan, dia menggantung diri sebelum kes dibicarakan.



Mariko Kawana, pelakon filem lucah yang kini menjadi penulis novel, menubuhkan sebuah organisasi menggesa keseragaman dan ketelusan kontrak.



“Setiap syarikat filem lucah mempunyai peraturan sendiri – ia harus bersatu untuk melindungi hak-hak pelakon,” kata Kawana yang terlibat dalam industri ini atas pilihan sendiri.



Bagi Kozai, yang sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap bekas agensinya, tangkapan dan liputan media mungkin dapat merangsang perubahan, dan membantu wanita lain mengelak daripada diperdaya seperti yang berlaku kepada dirinya.



“Jika saya boleh menjadi contoh, gadis lain yang berdepan masalah ini juga boleh diselamatkan,” katanya.

Tuesday, 4 October 2016

Awie Dakwa Bakal Isteri Ke-3, Anak Terkena Sihir



KUALA LUMPUR – Ketika menanti hari untuk bernikah, penyanyi Awie dihimpit ketakutan apabila penyakit misteri turut menyerang bakal isteri dan anak-anaknya.



Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, dia beranggapan penyakit itu berpunca daripada sihir manusia yang tidak senang melihat kebahagiaan dia sekeluarga.



“Kesakitan ini sering berlaku ketika saya hendak memulakan kerja dan ketika saya berada di rumah, kaki kanan saya nak pijak lantai pun sakit sehingga memaksa saya memakan ubat tahan sakit selama sebulan.



“Bila ke klinik doktor sahkan gout tetapi saya tak rasa begitu kerana tiada simptom-simptom gout seperti yang diberitahu doktor. Jadi saya tahu ia bukanlah sakit biasa tetapi ada kaitan dengan unsur-unsur mistik yang perlu dirawat melalui kaedah tertentu,” katanya kepada mStar Online.




Awie ditemui pada pada sidang media Konsert Wings 30 Tahun Live di Sabah yang diadakan di G Tower Hotel, di sini pada Selasa.



Awie bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana pada Jumaat ini di satu lokasi yang dirahsiakan.



Menurut Awie, dia tidak kisah jika penyakit itu hanya terkena kepadanya namun ia turut terpalit kesannya kepada anak dan bakal isteri sehingga mereka mengalami muntah-muntah dan gatal-gatal badan.



Dalam pada itu, Awie berkata, dua pengamal perubatan yang dibawakan dari Indonesia mendapati ada unsur-unsur khianat di rumahnya.



Dia mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan pasir kubur dan abu mayat yang dipercayai ditaburkan di sekeliling rumah dia.



“Lebih pelik, pernah terjadi rumah saya berbau bangkai yang sangat kuat terutama di bilik anak perempuan saya selain saya sendiri beberapa kali lihat kelibat yang menakutkan di dalam rumah sekalipun saya sendiri sudah berpindah ke rumah baru,” katanya.



Tambahnya lagi, antara kaedah rawatan yang dilaluinya kini dia serta anak-anak dan bakal isteri diberi minum air kelapa oleh pengamal perubatan sebelum mengalami muntah yang luar biasa selepas itu.



“Saya tak pasti berapa lama lagi kami akan melalui situasi getir ini tetapi selagi nyawa saya masih ada, saya tidak akan berputus asa untuk terus berubat,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Awie dan Wings akan mengadakan konsert di Sabah sempena meraikan 30 tahun pembabitan mereka dalam industri hiburan tanah air.



Penganjuran itu selepas kejayaan sambutan konsert yang sama di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan di Plaza Angsana Johor Bahru pada tahun lalu.



Konsert yang bakal berlangsung pada 24 Disember depan akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah di mana penyanyi Akim dan Aweera turut dijemput sebagai artis undangan.

Lelaki Kelantan Kuat Seks Punca Pelacuran Thailand?



BANGKOK  – Para pegawai kerajaan di Golok menyalahkan kepesatan industri dadah dan pelacuran di bandar terkenal sempadan selatan Thai itu ekoran kemasukan ramai lelaki Kelantan kuat seks.



“Kita tidak akan memiliki daerah ‘lampu merah’ yang besar jika bandar kita tidak begitu dekat dengan Kota Bharu,” jelas seorang Ahli Parlimen Thai, Horachai Watchaporn merujuk nama ibu negeri Kelantan di Malaysia tersebut.



Beliau seterusnya mendakwa: “Setiap minggu, Golok dibanjiri dengan ramai lelaki Kelantan yang mendakwa batin mereka teruk ditindas, terutama selepas kerajaan PAS negeri itu berjaya mengharamkan segala bentuk hiburan.”



“Jika lelaki Kelantan berhenti membawa ‘tunai’ mereka ke Golok, wanita Thailand pun tidak akan terdorong untuk menawarkan mereka dengan bekalan dadah, atau bekerja sebagai pelacur untuk mendapatkan wang secara mudah.




“Mereka (lelaki Kelantan) benar-benar harus belajar beberapa nilai kesopanan setempat apabila mahu datang ke Thailand untuk memaparkan kemewahan wang mereka, ” tegas Horachai yang dipetik portal berita FMN hari ini.



Pihak berkuasa Kelantan berkata, mereka sedia membantu Thailand dan mengesahkan beberapa pegawai kanan telah sukarela menawarkan diri untuk menghabiskan hujung minggu di Golok bagi memantau keadaan semasa.



Namun kesahihan laporan tersebut adalah diragui malah latar belakang portal FMN juga dipertikaikan kerana ia merupakan laman berita satira yang lazim memaparkan pelbagai cerita sensasi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Lelaki Maut, Gear Box Lori Tercabut Terpelanting Hempap Kereta



Subang Jaya: Seorang pemandu kereta maut selepas kereta yang dipandunya telah dihempap pemacu gear lori seberat 20 kilogram di kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran susur keluar Subang Jaya, di sini, petang semalam, lapor Harian Metro.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang memandu kereta bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam, namun secara tiba-tiba komponen lori yang diekorinya tercabut dan terpelanting ke arah mangsa di dalam kereta.




Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati satu komponen dari lori yang dalam perjalanan dari arah Shah Alam ke Kuala Lumpur tercabut dan terpelanting ke arah kereta mangsa.

"Komponen itu tercampak tepat di cermin hadapan bahagian pemandu hingga menyebabkan kepala pemandu cedera parah dan pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang lain terselamat.



"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi. 

Monday, 3 October 2016

UniMAP Sedia Tawar Tempat Untuk Nur Sakinah




KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedia menawarkan tempat dalam bidang kejuruteraan kepada Nur Shakinah Naim, pelajar Malaysia yang dilaporkan hilang di Rouen, Normandy, Perancis, minggu lepas.
Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata tawaran itu dibuat kerana UniMAP merupakan universiti yang berteraskan kejuruteraan selain paling hampir dengan kediaman keluarga pelajar itu di Sungai Petani, Kedah.
“Kami amat bersimpati dan terkesan dengan insiden yang berlaku ke atas Nur Shakinah, dan ingin memberi peluang kepada beliau untuk menyambung belajar di UniMAP sekiranya ingin kembali ke tanah air.

“Saya berharap tawaran ini wajar dipertimbangkan dan kami bersedia bertemu Nur Shakinah dan keluarganya sebaik mereka pulang ke tanah air,” kata Zul Azhar dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nur Shakinah, 19, melanjutkan pengajian di Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Perancis atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ialah bekas pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, Sungai Petani.
Kehilangan pelajar itu sejak Jumaat lepas dilaporkan oleh teman serumahnya, bagaimanapun dia ditemui selamat pada 29 Sept lalu. Difahamkan Nur Shakinah menghilangkan diri kerana tertekan dengan pengajian yang diikutinya.
Zul Azhar berkata UniMAP mempunyai 19 program pengajian dalam bidang kejuruteraan dan Nur Shakinah boleh memilih bidang yang diminatinya.
Katanya Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses UniMAP menawarkan pengajian Kejuruteraan Bioproses dan Kejuruteraan Biosistem. Kejuruteraan Bioproses hampir dengan program Kejuruteraan Kimia yang diikuti Nur Shakinah di UIT.
Kedua-dua program kejuruteraan kimia itu diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia. Lulusan program ini boleh berkhidmat sebagai Jurutera Kimia di sektor awam dan swasta, kata Zul Azhar.
Zul Azhar berkata selain kejuruteraan bioproses, UniMAP juga menawarkan program pengajian dalam bidang elektronik, sistem elektrik, mekatronik, mekanikal, mikroelektronik, pembuatan, bahan dan komputer.
“Kurikulum pendidikan UniMAP selari dengan kehendak industri. Kebolehpasaran graduan kami mencecah 90 peratus serta diberi taraf lima bintang dalam aspek pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan prasarana pengajian berdasarkan QS Star,” katanya. – BERNAMA

Artikel Terbaru

loading...