loading...

Sunday, 9 October 2016

KISAH BENAR !!!! "BERAPA KALILAH TUBUH INI TELAH MELAKUKAN Z!N@" KATA WANITA ITU..KEPADA JENAZAH. APA YANG TERJADI, MEMERANJATKAN BETUL !



JANGAN PERNAH LAKUKAN INI KEPADA JENAZAH!!!



Ianya Merupakan Perkongsian Antara Sesama Manusia. Ianya Mengenai Seorang Petugas Wanita Yang Memandikan Jenazah .... ketika dia memandikan Jenazah wanita Tersebut... Lalu Petugas Tersebut Mengatakan Sesuatu Yang Mengguris hati...Apa yang berlaku selepas itu bakal membuatkan kita tersedar "Allah Bayar Cash Atas Tindakan Yang Dilakukan"..Tidak Ditunggu Walaupun Sesaat.


Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya.
Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.

Sehinggalah tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang wanita
yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada kem@luan mayat wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.
Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu. 

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus. Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya
dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama. Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan z!n@"

Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina)
pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi.
Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan
kerana tidak mendatangkan saksi."

Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan
maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

loading...