loading...
Showing posts with label cipap. Show all posts
Showing posts with label cipap. Show all posts

Sunday, 27 November 2016

Lelaki rogol isteri rakan serumah dengan alasan bersuara sedap



Terpegun dengan kelunakan suara isteri rakannya dijadikan alasan seorang lelaki untuk memperkosa wanita terbabit ketika ketiadaan suami di rumah. Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan memperkosa wanita berusia 17 tahun itu yang menetap di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Lelaki rogol isteri rakan serumah dengan alasan bersuara sedap (gambar hiasan)
Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit.

Menurutnya, mangsa dan suami dikatakan mengemas rumah berkenaan sebelum suspek diminta turut sama membantu.

“Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja.

“Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,” katanya.

Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa mengajarnya menyanyi.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam bilik.

“Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan.

“Malah, suspek memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya.

Dia berkata, suami mangsa yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat keadaan isterinya sebelum bertanya apa yang berlaku.

“Suami mangsa berang selepas mengetahui isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - myMetro

Saturday, 26 November 2016

Tindakan Gila Babi Suami Memotong Kemaluan Isteri Disebabkan Tidak Dara Lagi



Sepasang suami isteri yang baru berkahwin ditahan berhubung pembunuhan seorang lelaki yang didakwa mereka sebagai perogol isterinya.

Kedua suspek juga didakwa turut memotong kemaluan, memasak serta memakannya.

Rudi Efendi, 30, mengaku melakukan pembunuhan tersebut selepas mendapati isteri yang baru dinikahinya tidak mempunyai dara.

Isterinya kemudian mendakwa dia dirogol oleh mangsa.

Polis berkata, selepas membunuh mangsa, Rudi dan isterinya yang berusia 20 tahun membawa pulang alat sulit mangsa, memasak dan kemudian turut memakannya bersama-sama.

Sementara itu, Rudi memberitahui wartawan, dia melakukan pembunuhan tersebut untuk menyebuh rasa "sakit hati" nya.

"Saya begitu marah', katanya.

Mayat mangsa ditemui di dalam sebuah van terbakar awal Oktober.

Menurut jurucakap polis, Rudi menyuruh isterinya untuk mengadakan pertemuan bersama mangsa. sebelum bertidak menikam mangsa, memotong alat kemaluan dan kemudian membakarnya di dalam van.

"Kes masih berada dalam siasatan namun mengesyaki kes ini adalah satu pembunuhan terancang, " kata jurucakap polis tempatan kepada AFP

Artikel Terbaru

loading...