Seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah selepas empat hari berkahwin sematamata
untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan negara berkenaan.
Segalagalanya bermula apabila Mohd Haisol Shaari, 28, (bukan nama sebenar) terkejut
dengan permintaan keterlaluan isterinya pada tiga hari pertama melayari bahtera perkahwinan.
Berikutan itu, beliau mengambil keputusan melarikan diri ke rumah bujang rakannya sebelum
pulang semula ke rumah kelamin lima hari kemudian, selepas yakin dengan ilmu kebatinan
diperoleh.
Menurutnya, sepanjang tempoh ‘berguru,’ dia mendapatkan pandangan rakan lelaki lain, sama
ada dari rantau Asia atau rakan dari Mesir, hinggalah dia mempelajari pelbagai ilmu kebatinan.
“Saya disyor menggunakan sejenis kayu dikenali sebagai Hagar Guhannam namun fungsi kayu
itu sama seperti gambir Sarawak, menyebabkan saya tidak suka kibat kesan sampingan.
“Dua lagi yang disyorkan mereka ialah sejenis serbuk dikenali sebagai Hamada di kalangan
masyarakat Arab, selain sejenis minyak bonggol unta atau dikenali sebagai Sanam Cameol dan
keduaduanya masih digunakan hingga ke hari ini,” katanya kepada Metro Ahad.
Menurutnya, serbuk Hamada dicampurkan dengan madu asli berdasarkan sukatan tertentu dan
ia berfungsi memekat dan menyuburkan sperma lelaki dan digunakan sejak berzaman.
“Serbuk itu tak banyak dijual, malah tidak ramai masyarakat Arab tahu mengenainya. Ia diperoleh rakan selepas dia mengkaji mengenai perubatan Islam dalam kitab yang dibaca di
(Universiti) alAzhar,” katanya.
Katanya, minyak bonggol unta pula menghidupkan sel mati pada alat sulit lelaki dan menjadikan
ia lebih berat dan padat, sekali gus membolehkan tuntutan batin isterinya kini sama seperti
orang lain dan tidak keterlaluan seperti sebelum ini.
“Pada mulanya saya malu dengan diri sendiri namun selepas berbincang dengan rakan serta
isteri,
Alhamdulillah kami kini hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata,” katanya.
Menurutnya, kejutan batin diterimanya dipercayai dipengaruhi beberapa faktor iaitu faktor
budaya dan adat khatan yang diamalkan di negara berkenaan, selain pemakanan masyarakat
di sana.
Mohd Haisol berkata, dia terpaksa buat begitu kerana sayangkan isterinya berusia 25 tahun,
selain mengakui kejantanannya tercabar.
“Saya terpaksa lari dari rumah dan bersembunyi di asrama rakan menjelang malam pada hari
keempat perkahwinan kerana tidak tahan kehendak batin isteri.
“Bukan mahu mengaibkan isteri atau sesiapa, tetapi saya rasa perkara ini perlu diketahui
umum, terutama lelaki yang mungkin menyimpan hasrat memperisterikan wanita Arab, saya
nasihatkan mereka supaya lebih bersedia,” katanya.
Menurutnya, pada hari pertama perkahwinan, dia mengadakan hubungan kelamin 16 kali dan
masih mampu memenuhi tuntutan itu, mungkin kerana usianya masih muda dan menganggap
ia sebagai perkara biasa.
“Walaupun terkejut dengan permintaan itu (16 kali sentuhan), saya menganggap ia perkara
biasa dalam hubungan suami isteri… maklumlah, kata orang pantang bersentuh pada awal
perkahwinan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlanjutan beberapa hari dan dia mula berasa kurang
selesa kerana tidak banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran atau berehat panjang,
menyebabkan dia melarikan diri dari rumah sewa mereka.
Menurutnya, dia kembali ke rumah sewa bujang, menyebabkan isterinya mencari di rumah
didiami rakannya, namun gagal menemuinya kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah didiami
lima pelajar lelaki itu.
Sementara itu, minyak bonggol unta atau sejenis serbuk dikenali Hamada diakui mampu
meningkatkan tenaga lelaki, sekali gus memenuhi tuntutan syahwat pasangan.
Selain itu, penggunaan alat kelamin lelaki secara lebih kerap dalam hubungan mendorong
kepada kepadatan organ itu yang menyebabkan ia semakin mantap.
Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby berkata, hampir semua negara memiliki bahan atau produk
asli yang menjadi amalan mereka turun temurun.
“Memang saya tidak nafikan penggunaan minyak bonggol unta dan serbuk seperti diamalkan di
Mesir kerana ia pasti digunakan sejak zaman berzaman.
“Di negara kita, tongkat ali digunakan untuk membekalkan tenaga bagi membolehkan kita
cergas tetapi apabila menggunakannya kita mudah terangsang, jadi ramai menggunakannya
untuk tujuan kebatinan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment