loading...

Friday, 30 September 2016

Seluar Ketat Punca Dara wanita Jadi Rosak



Seluar Ketat Punca Dara wanita Jadi Rosak|Dalam istilah Kedoktoran, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Letaknya diantara 1 atau 2 cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit / semilunar dan mempunyai pemisah (septum).
Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologinya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia memiliki “beban yang berat” kerena dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan. Selain berhubungan intim ternyata selaput dara juga bisa pecah, hal-hal yang menyebabkan selaput dara pecah antara lain:
-Adanya benda tajam atau tumpul yang menembusnya.
Terjatuh
-Memakai seluar yang terlalu ketat
-Masturbasi
-Perawatan yang dilakukan pada liang vagina
-Gangguan penyakit pada saluran vagina
-Kecelakaan dan aktivi berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.






Memakai jeans ketat boleh menjadi penyebab kepada JANGKITAN FARAJ. Jeans ketat seperti skinny jeans (juga legging dan seluar dalam) mengurangkan pengaliran udara ke kawasan faraj. Ini meningkatkan tahap kelembapan di sekitar faraj dan vagina, seterusnya menyediakan kawasan perumahan yang sesuai untuk yis, bakteria, virus dan parasit.
Selain jeans ketat, jangkitan pada kawasan vulvovagina (atau vulvovaginitis) juga berlaku kerana :
-Tahap estrogen yang rendah di kalangan wanita-wanita yang sudah mengalami putus haid (menopaus) menyebabkan vagina kering.

-Alergik kepada buih sabun, pembersih faraj dan wangian Tahap kebersihan yang rendah di kalangan kanak-kanak
-Jangkitan daripada pasangan melalui aktiviti seks (sexually transmitted disease – STD)
Ajarlah anak-anak atau adik-adik anda untuk membasuh kawasan kemaluan dari depan ke belakang bukan sebaliknya, kerana dikhuatiri kuman dari saluran dubur akan menjangkiti faraj. Vulvovaginitis adalah jangkitan yang kerap ditemui di kalangan kanak-kanak kerana pH vagina masih tidak sesuai untuk menghindari jangkitan kuman.
Antara tanda-tanda yang perlu kita sebagai perempuan ambil tahu, ialah :
-Gatal-gatal di sekitar kemaluan
-Ruam panas
-Keluarnya cecair dari faraj
-Vagina berbau
-Tidak selesa atau sakit ketika melaksanakan hajat kecil

Perhatikan warna cecair faraj sama ada hijau kekuningan, putih atau kekelabuan. Periksa cecair yang keluar dari kemaluan anda selepas hubungan kelamin, terutamanya jika baunya hanyir seperti ikan.



Kenapa perlunya merawat vulvovaginitis? Untuk mengelakkan situasi yang lebih teruk seperti pendarahan di luar waktu haid, kesakitan semasa berhubungan kelamin dan mengelakkan daripada ulser.
Sila rujuk doktor di klinik dengan segera supaya anda mendapat rawatan antibiotik atau krim untuk disapu untuk mengurangkan keradangan dan merawat jangkitan.
Jika doktor anda mengenalpasti bahawa jangkitan ini adalah disebabkan STD, pasangan anda juga perlu dirawat. Jika tidak, jangkitan akan berulang kembali. Oleh itu, silalah jawab soalan-soalan doktor dengan sejujurnya, jika anda sayangkan diri anda.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

loading...