loading...

Thursday, 22 September 2016

Anak Mengadu Selalu Nampak Orang Muka Buruk Dalam Rumah,Rupa Rupanya…

Anak Mengadu Selalu Nampak Orang Muka Buruk Dalam Rumah,Rupa Rupanya…|Seorang wanita dan keluarganya terpaksa berdepan detik menyeramkan apabila mendakwa kerap diganggu mahkluk halus selepas sebulan berpindah ke rumah baharu mereka yang terletak di Sg Chua, Kajang.
Menerusi kemaskini dimuat naik di laman Facebook Pencari Entiti Crew – P.E.C, kumpulan penyiasat paranormal itu berkongsi pengalaman seorang wanita dikenali Cahaya Chenta berdepan situasi menakutkan sepanjang sebulan tinggal di rumah baharunya itu.
Lebih menyeramkan, sekeping foto yang didakwa berjaya dirakam oleh pembantu rumah wanita itu, memaparkan ‘lembaga hitam’ menyerupai wanita yang sedang berdiri di atas tangga turut dimuat naik di laman Facebook tersebut.
Menurut Cahaya Chenta, beberapa kejadian aneh menimpa mereka sekeluarga sepanjang menetap di sana yang antaranya terdengar bunyi ‘orang’ berjalan menaiki tangga, selain barang permainan anaknya yang telah rosak secara tiba-tiba berbunyi.
Tambah Cahaya Chenta, anaknya juga sering mengadu melihat ‘wajah buruk’, namun dia enggan mempercayai perkara tersebut sehinggalah pembantu rumahnya berjaya merakam entiti berkenaan yang kelihatan berada di tangga.
“Pengasuh ambil gambar… Mulanya anak mengadu selalu nampak orang muka buruk, saya tak percaya. Semalam, pengasuh hantar gambar, dan kami buat bacaan al-Quran surah Ruqyah.
“(Mahkluk halus) betul-betul mengacau kat dapur, main mainan anak (dan) tekan-tekan tukar lagu. Saya tak puas hati ambil mainan tu, rupanya mainan dah rosak, saya sendiri tekan langsung tak berfungsi,” tulis Cahaya Chenta menerusi screen shot komen yang dikongsi Pencari Entiti Crew – P.E.C pada 10 September, lalu.
Pada masa sama, laman Facebook Pencari Entiti Crew – P.E.C turut menyeru mana-mana pihak atau pengamal perubatan Islam yang berpengalaman mengusir makhluk halus untuk tampil membantu Cahaya Chenta.

loading...

0 comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru

loading...